Tuesday, June 17, 2014

UKHUWAH YANG SAKIT


Lokasi: Hospital Da'ie
Waktu: Pagi

Hari pertama aku bertugas di Hospital Da'ie,
Aku melihat seorang pesakit yang terlantar di atas katil
Dia berlumuran darah...
Kesan2 luka dan pendarahan masih jelas kelihatan lagi...
Peliknya, tidak ada siapa yang ambil peduli..
Kenapa?

Menurut cerita jururawat,
Dia sudah terlantar agak lama..
Sudah 12 Jam selepas kemalangan yang meremukkan Kereta Jenama Jundullah itu...
Menurut jururawat lagi, waris atau sahabat2nya yang lain melarikan diri
Selepas kemalangan itu... Hilang entah kemana...

"Kesian..." Getus hatiku..

Aku periksa nadinya...
Denyut 'rabithah' ternyata agak lemah!
Adakah ini tanda bahawa ukhuwwah pesakit ini sebenarnya sedang sakit?
Bahaya!

"Nurse, dimana doktor pakar ukhuwwah?"
"Di sana.." kata jururawat menunjukkan arah...

Aku berlari semampuku... Sudah tidak ada masa utk ditangguhkan. Pesakit ini perlu di rawat segera!

"Doktor Pakar Sakit Ukhuwwah,
Tolong ubati pesakit itu...
Sekarang terlantar di ICU Dakwah...
Jika tidak dibedah sekarang
Khuatir dia 'mati' futur..."...

Belum pun sempat aku menyambung penjelasanku, aku dapati aku berada di dalam sebuah bilik bedah. Doktor pakar itu sedang bersiap2 untuk menjalankan pembedahan pemindahan hati pesakit yang menderita 'sakit ukhuwwah'.. Aku lihat ramai lagi terlantar disitu.. menunggu rawatan

Aku terdiam. Kaku.

"Awak doktor baru tu kan? mari sini bantu saya..." katanya memanggilku.

"Doktor, mana semua orang? Mana petugas2 di sini?"

"Mereka dah transfer hospital lain, tak sanggup nak berkorban untuk pesakit2 ni...Sebab tu saya minta doktor baru utk bertugas di sini...Malangnya awak seorang sahaja yang datang..
Yang lain menolak.. sudahlah.. kita kena bertindak cepat, masih ramai lagi yang sakit.. Mari tolong saya"

Aku capai pisau bedah. Bersedia membantunya.

Dalam hati aku tidak mampu menahan sebak....


https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1.0-9/602311_399213863545408_801971458_n.jpg

ENJIT-ENJIT SEMUT...SIAPA SAKIT NAIK ATAS..


Semut!!!

Hairan juga dengan keberadaan serangga kecil ini di bilik ana.. Ada saja di mana-mana.. inilah salah satu masalah yang di hadapi oleh pelajar hostel kami.. berperang dengan semut..hehe...nak kata ada benda-benda manis kat bilik, rasa-rasanya, tak ada..hmm..selidik punya selidik, rupa-rupanya semut-semut ni kerja overtime.. mineral water yang tumpah di lantai pun dia sapu ..haihh...kadang-kadang geram juga jadinya bila tetamu tak di undang ni buat operasi kat bilik..maka, ada sahaja idea-idea kreatif yang timbul untuk menghalau si pekerja overtime..huhu...



Ditakdirkan Allah, tiba-tiba suatu hari ana tergerak untuk membaca kembali kisah Nabi Sulaiman yang pernah berdialog dengan Jeneral Semut.. tanpa membuang masa, malam itu terus ana gagahi untuk mencari kisah tersebut.. Alhamdulillah, setelah page demi page di lawati, maka bertemulah ana dengan kisah yang di cari-cari:



Kisah 1

Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim panas yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah SWT agar musim panas segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar si semut mulai berdoa memohon kepada Allah SWT :

 "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku",  Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut". 



Kisah 2


Suatu hari ketika Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan, baginda melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan bertanya, "Hai semut kecil untuk apa kurma yang engkau bawa itu?." 

Si semut menjawab, 

"Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun". 

Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut,

" Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membahagikan kurma inikepada dua bahagian dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. 

Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Baginda melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut,

" hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?"
" Wahai Nabi Allah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Razak)", 

jawab si semut.



Kisah 3

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman menghimpunkan bala tentera baginda yang terdiri daripada golongan manusia, jin, dan haiwan dalam satu barisan yang tertib untuk pergi ke suatu tempat, sehinggalah mereka melalui suatu lembah, Nabi Sulaiman terjumpa sekumpulan kecil semut. Semut itu berkata kepada kumpulannya:




"wahai sahabat-sahabatku, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak di pijak oleh Sulaiman dan tenteranya yang tidak menyedari keberadaan kamu”.

Maka baginda  tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu lantas berdoa:

“Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua kedua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu  ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”.



Subhanallah...

Betapa besar kuasaNya.... sungguh, ana malu dengan semut-semut kecil yang begitu taat kepada Allah dan nabiNya..Sesungguhnya, kisah-kisah ini telah memberikan inspirasi kepada ana.. tidak hairanlah Allah SWT banyak menyebut nama serangga kecil ini di dalam kitab suci Al-Quran bahkan merangkumkan kisah dan iktibar daripada semut dalam satu surah..

Dan, apabila kita teliti dan menghadam surah ini, terdapat banyak iktibar dan pengajaran yang terkandung di dalamnya.

Kata seorang sahabat blogger;


Bagi saya, surah ini amat menggugah minda kita kerana kandungannya amat berkesan untuk mencabar persepsi sesetengah orang yang ‘asyik’ berkiblatkan barat, yang melihat Al-Quran setakat ‘yasin malam jumaat’ & hafazan surah lazim untuk anak2 sahaja…. Jika mereka fikir Al-Quran ‘gagap’ dalam membicarakan ilmu-ilmu ‘up-to-date’ seperti holistic management, leadership, high-technology dll…., Nah…surah ini sedia menjawabnya

Hmmm.. menarik juga huraian sahabat blogger ini tentang Surah An-Naml dan Nabi Sulaiman.. bagi sesiapa yang berminat untuk membaca dengan lebih detail, ana sarankan agar sudi-sudilah kiranya melawat blog beliau. Sama-sama kita menambah ilmu, meluaskan pengetahuan tentang surah ini:


 



Bagaimana, Menarik bukan?


Begitulah, hikmah di sebalik penurunan surah Al- Naml kepada umat islam sejagat. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat ke 2 yang bermaksud:


Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa






Dari segi strutur sosial semut terkenal dengan kehidupan berkoloni yang mempunyai sistem organisasi yang baik dan teratur. Sebahagian daripada koloni semut ini  begitu padat populasinya dan begitu luas kerajaannya sehingga pembentukan kerajaan tersebut sukar di perincikan  walaupun setelah di kaji selama bertahun-tahun oleh para saintis terkemuka.

mungkinkah koloni semut di IPG KPI lebih luas
kerajaannya  berbanding maktab ini?? Upss..hehe..

Sistem Kasta Dalam Koloni Semut



Setiap koloni semut, tanpa kecuali, tunduk pada sistem kasta secara ketat. Sistem kasta ini terdiri atas tiga bahagian besar dalam koloni.

Anggota kasta pertama adalah ratu dan semut-semut jantan, yang memastikan koloni dapat berkembang biak dan di besarkan. Dalam satu koloni kemungkinan terdapat lebih dari satu ratu. Tugas Ratu adalah sebagai agen reproduksi untuk meningkatkan jumlah individu yang membentuk koloni. Tubuhnya lebih besar daripada tubuh semut lain. Sementara tugas semut adalah untuk mendampingi ratu. 

Anggota kasta kedua ialah semut tentera. Mereka bertugas untuk membangunkan koloni, menemukan lingkungan baru untuk hidup, dan berburu.

Kasta ketiga terdiri atas semut pekerja. Semua pekerja ini adalah semut betina yang steril. Mereka merawat semut induk dan bayi-bayinya; membersihkan dan memberi makan. Selain semua ini, pekerjaan lain dalam koloni juga merupakan tanggungjawab kasta pekerja. Mereka membina koridor dan serambi baru untuk sarang mereka; mereka mencari makanan dan terus-menerus membersihkan sarang.

jenis-jenis semut mengikut kasta..

Di antara semut pekerja dan semut tentera juga ada sub-kelompok. Sub-kelompok ini disebut hamba, pencuri, pengasuh, pembangun, dan pengumpul. Setiap kelompok memiliki tugas masing-masing. Setiap ahli dalam koloni semut melakukan tugas mereka sepenuhnya.Kalau kita fikirkan kembali bagaimana sistem ini berkembang, kita tidak dapat mengingkari fakta adanya penciptaan. Jika ada suatu organisme yang sempurna, secara logik kita akan membuat kesimpulan bahawa organisme ini sudah tentu dibentuk oleh sesuatu yang merancang kejadiannya.


Canggihnya semut!





Dalam bidang-bidang tertentu sistem yang terdapat dalam dunia semut hampir sama canggihnya dengan yang dimiliki manusia. Atas kecanggihan sistem yang dimiliki oleh koloni semut ini,  manusia kini merangka pola sistem mereka berdasarkan sistem  tersebut. Perkara ini dihuraikan dalam petikan berikut:

robot semut??

Ahli komputer masa kini cuba untuk mereproduksi bentuk-bentuk perilaku kolektif semut pada robot di laboratorium. Alih-alih berfokus pada program yang sangat maju, mereka malah berkonsentrasi pada robot-robot yang bekerja sama berdasarkan unsur-unsur informasi "sederhana". Prinsip dasarnya sama. Mereka membuat sebuah robot yang sangat canggih, pada masa yang sama turut mengembangkan sekelompok robot yang tidak begitu "pintar", tetapi menjalankan tugas yang sangat "rumit" seperti yang dilakukan semut dalam koloninya.… Robot-robot ini tidak canggih dari segi "kecerdasannya" jika dinilai satu per satu, tetapi mereka akan mencapai pembahagian kerja melalui motivasi tindakan kolektif. Ini mungkin kerana mereka memiliki kemampuan untuk bertukar informasi yang sederhana.

Hidup dan kerjasama dalam koloni semut juga telah mempengaruhi NASA. Organisasi ini merancang untuk mengirimkan banyak "robot semut" untuk penelitian di planet Marikh sebagai pembantu kepada satu robot canggih yang telah di hantar terdahulu. Jadi, seandainya sebahagian robot ini rosak, anggota regu yang masih ada masih mampu meneruskan tugas mereka.

Semut & Pengorbanan



Bila koloni mengalami fenomena kekurangan makanan atau kesusahan, semut pekerja segera berubah men-jadi semut "pemberi makan" dan mulai memberi makan sesama koloni semut dengan partikel makanan yang di simpan di dalam bahagian khas yang terdapat pada perut semut jenis ini. Apabila koloni mencapai tahap stabil, mereka melepaskan identiti ini dan kembali menjadi semut pekerja.

Pengorbanan yang ditunjukkan oleh semut ini benar-benar merupakan suatu pengorbanan yang besar.Manusia pada hari ini masih  belum berhasil memerangi isu kebuluran dan kelaparan di dunia, sedangkan semut telah menemukan penyelesaian praktis untuk masalah ini: berkongsi segalanya, termasuk makanan. Ya, inilah contoh pengorbanan nyata. Memberi segala yang dimiliki termasuk makanan, tanpa ragu, agar semut lain tetap hidup, hanyalah salah satu contoh pengorbanan di alam yang tak mampu dijelaskan teori evolusi.

Semut tidak mempunyai masalah kepadatan penduduk, sedangkan kota-kota besar milik manusia saat ini menjadi sukar didiami  akibat migrasi, ketiadaan infrastruktur dan pendapatan stabil, dan semut juga dapat mengelola kota bawah tanah mereka, yang berpopulasi 50 juta ekor, dengan keteraturan luar biasa tanpa merasai kekurangan.Kajian membuktikan bahawa setiap semut mampu dengan cepat menyesuaikan diri dengan perubahan yang terjadi dalam lingkungannya.


Sistem Pertahanan Semut





1. Sistem pertahanan udara: Apabila musuh terbesar semut, yakni burung, mendekati sarang, sebahagian semut tentera mengarahkan perut mereka ke atas di lubang sarang dan menyemburkan asid ke arah burung.

2. Rumah kaca: Dalam ruangan yang menghadap ke selatan ini, tempat di mana telur dari semut ratu di simpan sehingga menetas. Suhu ruangan ini tetap pada 38oC.

3. Pintu masuk dan pintu samping: Pintu-pintu masuk ini dijaga semut penjaga pintu. Pada masa-masa bahaya, mereka menutup pintu dengan kepala mereka yang rata. Sekiranya ahli koloni berkeinginan untuk masuk melalui pintu, penghuni lain koloni mengetuk kepala semut penjaga pintu dengan antena dalam irama khusus, dan semut penjaga pintu pun membuka pintu. Jika mereka lupa irama ini, penjaga akan terus membunuh mereka.

4. Ruang siap pakai: Jika ahli koloni menemui sarang lama ketika sedang membina sarang, semut akan menggunakan  ruangan yang ditemui ini sekiranya masih bertahan bentuknya sebagai kawasan pertahanan sekiranya kawasan yang lain di serang.

5. Tempat penyimpanan: Dalam ruangan ini semut meletakkan bangkai semut dan bekalan-bekalan makanan yang lain.

6. Ruang penjaga: Semut tentera berada di sini dalam keadaan bersiap sedia sepanjang hari. Sekiranya terdapat sebarang ancaman, mereka akan segera bertindak.

7. Benteng Pertahanan Luar: Benteng ini, di buat daripada potongan cabang dan ranting, berfungsi untuk melindungi sarang, melawan panas, dingin, dan hujan. Keampuhan benteng ini sentiasa dijaga oleh semut pekerja.

8. Ruang perawatan: Semut perawat menghasilkan cairan manis dari perutnya. Semut pengasuh meyucuk perutnya dengan antena untuk menggunakan cairan ini.

9. Gudang daging: Serangga, lalat,  dan semut musuh disimpan dalam gudang ini setelah dibunuh.

10. Gudang gandum: Semut penggiling membawa butir besar gandum dalam bentuk tablet kecil ke sini, dan memanfaatkannya sebagai roti pada musim sejuk.

11.Perawatan larva: Semut perawat menggunakan air liurnya, yang bersifat antibiotik, untuk melindungi semut bayi dari penyakit.

12.Ruang musim sejuk: Tempat dimana semut-semut berlindung ketika musim sejuk

13.'Warming Centre Department': Koloni semut mencampurkan potongan daun dan ranting di sini untuk menghasilkan haba tertentu. Ini menjaga suhu sarang antara 20O dan 30oC.

14.Ruang pengeraman: Telur  ratu disimpan di ruangan ini selepas ditelurkan. Apabila sampai masanya, telur diambil dari sini dan dibawa ke rumah kaca.

15.Ruang bangsawan: Ibu ratu menelurkan telurnya di sini. Terdapat semut pekerja yang bertugas unuk menjaga kebajikan ratu


Demikianlah kompleksnya organisasi semut. Apa yang menarik, semut-semut ini terus bekerja tanpa memikirkan kepentingan diri seperti yang selalu di praktikkan oleh manusia.. Mereka terus bekerja tanpa mengenal erti penat lelah dan jemu... Haha... contoh yang terdekat macam kat hostel ana ni; halau la macam mana pun, kalau semut-semut ni tak nak beredar dengan sendiri, jenuh la nak menghalau jawabnya....

Semut: So, lepas ni, ko tak yah la nak halau aku dengan koloni aku lagi ye...hehe...





Me: UpSs... Sori,, mengambil prinsip korang yang bekerja tanpa mengira erti penat lelah dan jemu, maka ana mengambil keputusan untuk terus-menerus berusaha menghalau korang sume...haha... kebersihan separuh daripada iman...so, stay away from my room...AWAY!!





KU KEJAR CINTA??


“kalau kita tak mendengar tazkirah lebih dari 3 hari,hati kita akan mati”


Kata-kata ini amat sesuai dengan diriku.. sementelah lagi selepas kaki melangkah ke IPTA. Amat kurang aku mengisi hatiku yang dah laparkan pengisisan rohani ini dengan tarbiyah hati... bila dah agak “lalai” ini, banyak saja anasir-anasir luar yang masuk...yerr kan, antivirus yang ku guna dah lama tak di updatekan dengan tazkirah..

Saban waktu,aku selalu lihat roommate kuberbalas-balas mesej dengan si buah hatipengarang jantung..terdetik juga di hati perasaan iri..sebelum ini aku sentiasa di beri peringatan oleh sahabat-sahabat tentang couple ni... tiada istilah couple alam islam. Yang ada hanya jalan-jalan yang dapat melorongkan kea rah perzinaan..

“tiada hubungan antara lelaki dan perempuan melainkan perkahwinan”

“la taqrabuz zina! Menghampiri zina pun dah tak boleh,apalagi melakukan zina..menghampiri tu termasuklah bercouple dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan,zina ni,boleh jadi zina hati,mata telinga,dan lain-lain” nasihat seorang sahabat ku dalam satu majlis ilmu di sekolah dulu..

Tapi,selepas masing-masing bawa haluan sendiri,tiada lagi nasihat yang mengunjung tiba..yang ada hanyalah nafsu muda yang ingin bebas setelah lama di biuskan dengan ingatan dan nasihat sahabat-sahabatku...

Akhirnya aku berkenalan dengan ‘seseorang’..mulanya sebab tersilap call.. aku terlupa akan kata-kata yang pernah kuucapkan pada seorang sahabatku

“Suhana, kalau boleh cuba elakkan bercakap dengan lelaki dalam telefon untuk mengelakkan zina hati dan telinga,mungkin kita kata,kita leh kawal hati kita,tapi macam mana dengan lelaki tu?? Klau bercakap sudah pasti akan bergelak ketawa,dan seikit sebanyak ia akan mencetuskan satu perasaan lain di hati masing-masing.”

Dan juga kata-kata ustazahku.....

“dua orang (lelaki dan perempuan) yang bercakap dalam telefon di tempat yang sunyi,sama saja dengan berkhalwat..yang bezanya tak Nampak muka secara zahir,tetapi hanya di imaginasikan di depan mata..lain lah kalau ber9cakap dengan ibu bapa dan kawan-kawan,intonasi suara dan apa yang di cakapkan tuboleh di kawal lagi,tapi kalau sorang-sorang alam bilik??mula tu ok lagi,Tanya khabar jer, lama-lama, antum fikir sendiri..”

Benarlah Allah akan uji setiap bait kata yang terucap di bibir kita,itulah yang berlaku pada diriku. Pada mulanya aku sekadar menganggap Irfan sebagai kawan biasa sementelah lagi aku sebenarnya agak malu dengan lelaki sebelum ini..tapi lama- kelamaan,dari sekadar teman biasa dah jadi agak ‘luar biasa’..diriku semakin hanyut dengan cinta manusia yang penuh dengan kepura-puraan tapi di sebalik kepuraan itulah aku tetap berada dan hinggap. Terasa agak pelik dan janggal bunyinya.. masa tu, terselit juga satu perasaan bersalah pada diri sendiri. Lebih-lebih lagi perasaan takut dan malu pada Allah masih ada..tapi perasaan untuk enjoy lagi mendominasi diri, “muda hanya sekali, so, Kita enjoy!!” entah macam mana aku boleh terlupa. Ya!!! Muda memang hanya sekali,tetapialangkah eloknya masa mua itu aku gunakan untuk gerek kerja islam? Membantu teman-teman yang masih lagi di ulit mimpi indah yang tak berkesudahan..dan sudah tentu membantu diriku sendiri

tapi, saat itu diriku juga masih terumbang-ambing. turut sama 'berganding bahu' ke arah perkara yang tak elok. masih lagi perlukan seseorang untuk membangunkan aku daripada angan-angan yang tak berkesudahan.

"niza, esok keluar nak?? kita tengok wayang.." ajakan irfan membuatkan aku terfikir sejenak, TENGOK WAYANG!! sepanjang usiaku, aku tak pernah tengok wayang..bukan kerana di tempatku dulu tak ada panggung wayang melainkan hatiku sentiasa berfikir bahawa tempat tu tak sesuai dengan diriku..

aku serba salah, antara naluri hatiku dengan ajakan seseorang yang isitmewa. mana lagi penting?? alhamdulillah irfanl dapat terima yg aku tak nak tengok wayang walaupun pada mulanya dia agak kecewa..last2, dia dtg kat kampus aku jer,,masa tu aku mampu lagi menolak, akan datang??



********************************************************************************



sampailah satu ketika,tika itu aku dalam perjalanan balik kg sempena cuti semester,,aku solat subuh di sebuah surau..tetiba jer seorang adik, (lebih muda dariku,mungikn masih skolah mngah) bertanyakan maksud surah as-soff ayat 3-4.walaupun aku rasa agak pelik, tapi aku tengok jugak ayat yg adik tu tunjukkan. patutlah dia guna al-quran yang tak ada terjemahan,then, aku menunjuk ke arah tafsir yang ada kat surau tu. adik tu kemudiannya ambil tafsir tersebut,dan menyuruh aku membacanya...



"mengapakah kamu katakan apa yang tidak kamu kerjakan? sesungguhnya Allah benci pada sesiapa yang mengatakan sesuatu yang tidak di lakukannya.."



aku terkedu seketika, ya Allah, apa yang dah ku lakukan selama ini... tanpa sedar manik2 airmataku luruh tanpa rasa segan dan malu. selepas itu baruku sedar rupa-rupanya adik yang menegurku tadi adalah juniorku masa bersekolah dulu. hatinya tergerak mahu menyapaku selepas melihat caraku berpakaian kini... (pakai lebih kureng ajer dan tak menepati cara berpakaian yang seperti di sarankan oleh yisuf al-qadrawi seorang ulama' yg disegani) apa yang di tekankan oleh yusuf alqadrawi ialah tidak terlalu jarang dan tidak terlalu nipis,tidak menjolok mata dan menampakkan susuk tubuh dan semua ini hendaklabh berlaku secara serentak..kata2 yg acap kali ku sebut tika majlis ilmu di sekolah dulu..



aku mendakap tubuhnya dan mengucapkan terima kasih atas tegurannya yg ku kira amat berhikmah..tanpa perlu bersyarah panjang,hanya sekadar menggunakan ayat alquran yang mampu meluruhkan hijab yang mengaburi mataku sebelum ini....hatiku tak putus2 mengucapkan syukur pada Allah. walaupun diri ini sentiasa lalai dan leka dengan secebis nikmat dunia,tapi Dia masih berikan aku peluang untuk mengislah kembali jawahirku..syukur padaMu Ya Rabb....



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



dan mungkin,ianya satu kbetulan ataupun satu rencana yg telah di rancang oleh Allah ke atasku..seorang sahabatku mengirimkan 1 sms yg meruntun hatiku walaupun agak ringkas.



'sahabatku,apa khbar imanmu tika ini?? salam ingatan dari shabat untuk sahabat tersayang"



sudah agak lama aku tak mendengar kata2 ini.... "apa khabar wahai imanku saat ini?? adakah di tahap yang terlalu kronik hingga perlukan syifa' segera?? naudzubillah"...

segala perbuatan yg telah ku lakukan dulu terbyg d mata..ligat bermain2 di tubir fikiran seolah2 tersenyum mengejek bhwa drik tlah kalah..kalah pada gelonjak nafsu muda dan pada naluriyg inginkan keseronokan palsu smata2..kalah?? adakah aku benar2 kalah??



cepat2 gambaran itu ku tepis bila ku rasa perasaanku kembali berbolak-balik..ya Allah, kau tetapkan hatiku pada jalanMu ya Allah..jln yg Engkau redhai...dan jalan para pencinta Mu ya Rabb..ya!! aku akan cuba bangkit kembali..sebab ku tahu,aku masih ada Tuhan yag takkan tinggalkan aku keseorangan...

Allah, yang maha pengasih dan pengampun...



"sahabat,terima kasih atas ingatan tulusmu..ketahuilah sahabat,hatiku tika ini menangis hiba lantaran sikap dan jawarihku sedikit tersasar,, perasaan inginkan keseronokan telah menguasai diriku...sahabat,jgn terkejut andai mendapat berita tentangku yang agak terleka dgn cinta manusia dan zaman remaja yg amat mencabar ini.. Alhamdulillah,Allah etlah memberiku kesedaran bhwa apa yg sedang ku lakukan adalah salah melalui seorang teman..kini, aku ingin bangkit kembali dan mengotakan janji yg pernah terlafaz dahulu...

janji yg di ucapkan di hadapan ustazah solehah dan sahabat2 bhwa diri ini mahu menjdi mata2 rantai perjuangan as-syahid imam hassan al banna.."



sejujurnya aku membalas sms sahabatku itu,,sebab,memang itulah hasrat hatiku kini...akan ku cuba lupakan dan jauhkan perasaan terlalu cintakan dunia ...janji yg pernah terluah,sedikit sebanyak akan ku cuba tunaikan.....

********************************************************************


"irfan, saya minta maaf byk2 klau kata2 saya ni membuatkan awk kcewa..tapi sya nak awak tahu kekecewaan sekarang amat kecil berbanding kecewanya iman kita tatkala melihat kita berhubung sebegini.. saya nak awak tahu,perhubungan sebegini takkan ke mana..saya sudah sedar apa yg berlaku dan amat berharap awak juga sedar bhwa jodoh pertemuan e2 d tangan Allah..hanya Dia yg dapat menyatukan hati2 hambaNYa. kalau boleh,kita sama2 mengislahkan diri kembali dan merenung dgn mata hati setiap apa yang kita lakukan.. insya Allah, kalau ada jodoh,kita akan berjumpa lagi dalam situasi yg berbeza

~niza~



sepucuk surat perpisahan ku berikan kpd irfan., ku doakan agar dia fham dan dpt menerima keputusanku dgn hati yg terbuka. apa yg ingin ku lakukan sekarang ialah mneruskan perjuangan as syahid imam hasan al banna d kampus ku skarang... "jika kamu mengejar akhirat,nescaya dunia akan mengejarmu..insya Allah...".....

USRAH- JAMBATAN HATIKU KE HATIMU

 Dah lama rasanya ana tak ambil walau sedikit kesempatan untuk menulis diruangan ini. Entah apa yang menghalang ana sehingga terkadang kaku apabila cuba menulis sesuatu disini..

"Kau sibuk sangat kowt... pasal tu lah dah tak 'menyengat' lagi kat blog.. penat sangat nak cari ilham"..

Barangkali ada betulnya juga kata-kata dari seorang rakan ini. Tapi, seketika teringat kembali kata-kata sahabat ana di dalam usrah muslimah:

Sibuk itu terbahagi kepada 3:

Sibuk dengan urusan akhirat
sibuk dengan dunia
sibuk tak buat apa-apa..



Dan..bila reflect kembali, kesibukan ana...... oh,,, rasa sebak tiba-tiba.... rasanya, jarang-jarang juga ana melibatkan diri dengan jenis sibuk yang pertama itu. Buat kesekian kalinya, halaqah usrah lah yang telah mengetuk pintu hati ana yang rasanya sekeras dan sedingin air batu..



USRAH..

Suatu ketika seorang sahabat menemui ana dengan wajah yang muram. Lalu dia berkata kepada ana;

"ana nak tarik diri dari usrah..." katanya memula bicara
"sebab?" ana sedikit terkejut. Tidak pernah terlintas bahawa dia akan berkata begitu..
sebab ana rasa terbeban dengan amanah ini, ana rasa ana terlalu lemah...apa pandangan enti?"

Buat sementara waktu, ana mendiamkan diri. Cuba mencari penjelasan yang cukup santai dan ringkas agar tidak mengguris hatinya. Petang itu cukup damai, kami duduk di bawah pepohon rimbun yang tumbuh di tepi kawasan riadhah muslimat. Ana mengutip sebatang lidi yang berserakan di bawah pohon itu.

"enti, kalau ana suruh enti patahkan lidi ni, boleh tak?"

"boleh, senang sahaja. tapi kalau nak patahkan seratus batang lidi yang dihimpunkan, dah tentu tak boleh"...

Katanya mengagak arahan ana yang seterusnya. Tepat sekali! ana tersenyum kepadanya. Dia terdiam lagi..

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, 


Begitulah perumpamaan usrah.. usrah merupakan kekuatan kita.. dengan usrah, kita mampu saling ingat mengingati antara satu sama lain, berpesan-pesan ke arah kebaikan, dan menjauhi kemungkaran.

 


Ambillah ikhtibar daripada kisah lidi nan sebatang, demikianlah kita manusia, bila berjalan keseorangan menempuh kehidupan ini, jatuh kita tiada siapa yang akan datang membangkitkan semula... tidak ada siapa yang akan menuntun kita kembali ke arah jalan yang diredhai Allah.. tanpa disedari, kita hanyut dan terus hanyut.....kita leka dan terus-menerus sahaja terleka.Hakikatnya, hidup berjemaah adalah salah satu dari ajaran penting Islam. Sebahagian dari dalil-dalil yang menunjukkannya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang meninggalkan berjemaah walau sejengkal, maka dia telah merungkai ikatan Islam dari tengkuknya.” (Riwayat At-Turmuzi, Hakim dan Ibn Hibban)



Imam Hasan al-Banna di dalam risalah usrahnya menyatakan :


“ Islam amat menitik beratkan pembentukan usrah dikalangan ahli-ahlinya dan mengarahkan mereka supaya menjadi model dan contoh terunggul, menguatkan ikatan mereka dan mengangkat tahap persaudaraan mereka dari perkataan dan teori kepada perbuatan dan praktikal..”


Dalam ungkapan lain. Beliau mengulas akan keutamaan usrah katanya :


“ Jika kalian telah menjalankan kewajipan-kewajipan tersebut, baik yang bersifat individu,kolektif, atau kewangan, maka rukun-rukun sintem ini pasti akan tercapai. Namun, jika tidak optimis, akibatnya usrah akan terus lemah dan mati. Matinya usrah merupakan satu kerugian sangat besar kepada dakwah kerana usrah adalah harapan islam dan umat Islam..”




Ana sempat membuat sedikit bacaan berkenaan kepentingan usrah. Di sini, ana kongsikan sedikit maklumat itu:

Apakah kepentingan usrah kepada dakwah dan amal berorganisasi ?

1.Ia adalah pusat asuhan yang menyuburkan atmosfera ukhuwwah, menyegar iman para anggotanya, menambahkan keupayaan mereka dan mendorong amal.

2.Usrah adalah platform perbincangan isu-isu Islam dan umat Islam dan setiap anggotanya mengetahui peranannya terhadap Islam dan umat.

3.Usrah adalah sekolah atau madrasah pengajian ilmu. Di sinilah ahlinya menimba ilmu dan pengetahuan yang pelbagai berkaitan ulum syarak.

4.Ia adalah pusat ahli menerima bimbingan dan tarbiyah islam yang syumul, bersepadu dari aspek ruhi, maknawi, haraki, fikri, thaqafi ,akhlak..di samping wasilah-wasilah tarbiyah yang lain.

5.Usrah adalah tulang punggung kekuatan organisasi kerana dari sinilah ahlinya menerima arahan pimpinan, berita, aktiviti, pendirian organisasi di samping dia dapat menyatakan pandangan, persoalan dan buah fikiran.

6.Ia adalah unit gerakan bagi ahli melaksanakan peranan dakwah, pusat pengumpulan dan pemilihan ahli ke sof dakwah.

7.Usrah adalah tempat pertemuan para da’ie untuk memahami kefahaman dan kesedaran haraki selari dengan manhaj amal yang digariskan. Di sinilah mereka memahami fiqh dakwah dan fiqh harakah.

8.Usrah merupakan pusat bergerak seorang dai’e bagi menjayakan agenda dakwah dan memenangkannya.Di sinilah daie itu menerima arahan, tanggungjawab, perbincangan penyelesaian masalah bersama murabbinya dalam kerja dakwah dan amal islami.

9.Usrahlah mencetak para kader dan ahli dari biasa menjadi luara biasa..dari zero menjadi hero..menjadi figur digelanggang umat dan negara..memimpin perubahan..mengepalai satu kebangkitan..mencipta peradaban sebagaimana para sahabat, tabiin dan salafussoleh, imam al-Bana, Syed Qutb, Hasan Hudhaibi, Syeikh Ahmad Yasin, Rantisi, Ismail Haniyeh, Qardhawi…lain-lain lagi.

Sama ada sedar atau tidak, sebenarnya usrah bukan sahaja suatu tuntutan, tetapi juga keperluan. Sesungguhnya usrah merupakan jambatan hati yang terdekat untuk mengembangkan dakwah islamiah, dan menanamkan kerinduan kepada Pencipta bagi hamba-hambaNya. Usrah adalah satu liqa tarbawi,imani,ukhawi,thaqafi,tanzimi bagi menyuburkan cinta kita kepadaNya.

Usrah itu indah, jom usrah!



PENYAKIT YANG BERBAHAYA DALAM JIWA MANUSIA





Sahabat-sahabat, pernah tak dengar pasal wabak SARS? atau denggi? atau H1N1??


Pengalaman ana sendiri, sewaktu berada di bangku sekolah dulu, pernah suatu ketika beberapa orang pelajar dari sekolah ana di jangkiti wabak H1N1. Ana masih ingat lagi, pengumuman daripada unit siaraya ketika itu menggemparkan seluruh warga SEMAI..

Sekolah ditutup!
Tiada interaksi selama seminggu..

Paling tidak dijangka, jadual pulang bermalam di rumah yang sepatutnya berkuatkuasa hujung minggu tersebut dibatalkan dan semua pelajar putera dan puteri tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah. Seminggu tempoh kuarantin, jadual asrama seolah-olah digubal kembali, daripada menu dewan makan, sehinggalah khidmat perubatan yang disediakan. Lebih malang lagi, tidak ada pelawat yang dibenarkan memasuki kawasan sekolah, semua ini demi membersihkan kawasan sekolah kami daripada wabak tersebut.

Bila diingat dan direnung kembali, nampaknya macam dahsyat sangat wabak ni. Masa tu, bilik rawatan umpama kawasan hitam yang sangat digeruni oleh pelajar. Di dalamnya terlantar beberapa orang pelajar yang disahkan oleh doktor dijangkiti wabak ini, cubalah dekat jika hendak terkena sama.

 




Tapi, sebenarnya, tanpa kita sedari, ada penyakit yang jauh lebih dahsyat daripada wabak-wabak berbahaya seperti ini, bahkan, penyakit tersebut sudah lama menular dalam diri manusia, sama ada sedar, mahupun tidak. Sabda Rasulullah SAW:


Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut umpama pengikis dan pencukur. Aku tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi ia mengikis agama (HR- Al-Baihaqi)


KISAH HABIL DAN QABIL

Kisah Habil dan Qabil seingat ana sudah lama menjadi 'cerita wajib hafal' disekolah rendah. Bahkan, ana yang duduk membesar dalam suasana pembelajaran yang serba dhaif di pedalaman Sabah sekalipun, dikisahkan mengenai kisah pembunuhan pertama dalam sejarah manusia ini. Namun, supaya kita merenung kembali, maka di sini, ana ceritakan kembali kisah yang masyhur ini: 

Kisah ini bermula, ketika Nabi Adam turun ke dunia. Disana Nabi Adam mula mencari makanan dan tempat tinggal. Sehinggalah baginda terjumpa kembali Hawa. Hawa melahirkan kembar dua pasang.Pertama lahirlah pasangan Qabil danadik perempuannya yang diberi nama "Iqlima",kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Labuda".

Apabila keempat-empat putera dan puteri pasangan ini mula mencapai tahap dewasa, Allah telah memberikan Nabi Adam ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dengan kedua puterinya.Qabil di kahwinkan dengan adik Habil yangbernama Labuda dan Habil di kahwinkan dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.

Cara yang telah diilhamkan oleh Allah itu segera baginda sampaikan kepada kedua puteranya.Akan tetapi, tanpa diduga keputusan itu telah ditolak oleh Qabil dengan menyatakan bahawa dia tidak mahu mengahwini Labuda,adik Habil dengan alasan bahawa Labuda tidak secantik adiknya Iqlima.Dia berpendapat bahawa dia lebih patut mengahwini adiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan tidak rela menyerahkannya untuk dikahwini oleh Habil.

Demi menjaga keutuhan keluarganya, Nabi Adam dengan pasrah menyerahkan masalah tersebut kepada Tuhan untuk menentukannya.Akhirnya, Allah SWT yang Maha Adil telah mengilhamkan baginda agar menyuruh kedua-dua orang putera baginda untuk menyerahkan qurban kepada Allah, barang siapa yang di terima korbannya, maka dia berhak untuk menentukan siapa pasangannya. 

Maka, pada hari yang ditetapkan, dengan di saksikan seluruh anggota keluarga Nabi Adam, Qabil dan Habil mempersembahkan qurban masing-masing di atas bukit. Qabil mempersembahkan hasil pertaniannya dari gandum yang busuk dan tidak bermutu, sementara Habil mempersembahkan seekor kambing terbaik dan yang paling disayanginya.Dengan hati berdebar-debar, mereka semua menyaksikan apa yang bakal berlaku dari jauh. tak lama kemudian, kelihatan api besar menyambar kambing persembahan Habil, demikianlah korban yang dipersembahkan Habil diterima oleh Allah SWT. Akhirnya, berlangsunglah perkawinan Qabil dengan Labuda, dan Habil dengan Iqlima dalam keadaan Qabil tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

Kisah ini berakhir dengan peristiwa tragis pembunuhan Habil oleh Qabil, sebagaimana telah diceritakan dalam Al-Quran:

“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dan salah seorang dan mereka (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!” “Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian ‘alam.” “Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh) ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim. Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang merugi.” [Al-Ma’idah, 5:27-30]


Kisah yang termaktub di dalam Al-Quran ini mempunyai pelbagai pengajaran yang perlu dikaji, dan diambil iktibar oleh umat islam pada hari ini. Namun, untuk post kali ini ana ingin berfokus kepada betapa buruknya sifat hasad dengki yang ditunjukkan melalui kisah ini, yang sebenarnya dimulakan daripada iblis Laknatullah ketika ia enggan tunduk sujud kepada Nabi Adam As.


MUKMIN YANG DENGKI; ANCAMAN BUAT PENDA'IE

Penyakit hasad ini sebenarnya jauh lebih berbahaya daripada wabak SARS, HIV Aids, dan H1N1 yang ana ceritakan dipermulaan post tadi kerana hasad dengki bukan sahaja mampu membuatkan seseorang bertindak di luar akal yang waras, bahkan sanggup menggadaikan Agama Allah.

Dalam Al-Quran, Allah SWT telah menetapkan para pejuang dijalan Allah, agar sentiasa menjadi penguat antara satu sama lain dalam tugas menjaga dan membela agama Allah. Firman Allah SWT:


”Dan tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa janganlah kamu tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)


Namun, apa yang berlaku, para penda'ie yang menyeru manusia ke jalan Allah, khususnya yang mendapat sambutan yang baik, yang cergas, mashur dan berbakat sentiasa terdedah kepada cacian dan tohmahan orang-orang yang hasad dan dengki pada ilmu dan kelebihan-kelebihan lain yang dimiliki pendai'e. Golongan ini, walaupun ada yang mengetahui prinsip tolong-menolong dalam menegakkan agama Allah, sanggup mengenepikan perintah Allah semata-mata demi mencapai matlamat keduniaan yang bersifat sementara. Mereka ini sentiasa mengintai dan menunggu-nunggu masa yang baik untuik menjatuhkan imej penda'ie, walaupun pada hakikatnya, setiap mukmin itu adalah saudara kepada mukmin lainnya.







FAKTOR YANG MENYEBABKAN HASAD DENGKI


Al-Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali r.a menjelaskan ada beberapa perkara yang menyebabkan hasad dengki dalam kitabnya yang masyhur: Ihya' 'Ulumuddin,


1. Perasaan Permusuhan & Kebencian

Perasaan ini jika ada didalam hati seseorang, akan membawa kepada perasaan hasad kepada insan yang dibencinya, lebih-lebih lagi apabila insan tersebut memiliki bakat serta keistimewaan yang tidak dimiliki olehnya. Justeru perasaan inilah yang mendorongnya untuk menjatuhkan insan tersebut, demi memuaskan hatinya.

2. Merasa Diri Mulia

Perkara ini terjadi apabila timbul rasa tidak senang hati melihat ada orang lain yang mengatasi dirinya. Orang yang memiliki sikap ini sentiasa ingin terkehadapan dalam apa jua bidang, pada masa yang sama cuba menjatuhkan orang lain yang dianggapnya sebagai pesaingnya dengan apa cara jua, sekalipun bertentangan dengan hukum Allah.

3. Takabur

Jelasnya seseorang yang memiliki sifat ini memiliki watak membesarkan diri dihadapan orang lain, seringkali memperkecilkan dan memperhambakan orang lain. Apabila orang lain memperoleh suatu kurnia, dia bimbang dirinya tidak lagi diberikan perhatian, hilang pengaruh, atau perkataannya tidak lagi didengari oleh orang lain.

4. 'Ujub

Ujub bermaksud rasa takjub terhadap diri sendiri. Perkara ini justeru telah menghalang mereka menerima kebenaran. Banyak kisah diceritakan di dalam Al-Quran tentang bagaimana manusia-manusia yang bersifat 'ujub ini merasa hairan melihat ada insan pilihan yang diangkat menjadi rasul dan martabatnya dekat dengan Allah SWT, sehingga menjadi penyebab muncul perasaan hasad dengki dalam jiwa mereka. 


5. Takut terlepas Sesuatu tujuan &; habuan

Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan, masing-masing akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan yang boleh membantu dirinya mendapatkan habuan yang menjadi tujuan utama mereka tadi

6. Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

Ghairah terhadap pujian manusia, pangkat dan nama yang diberikan mendorong dan menguasai diri, apabila ada orang lain yang mendapat nama dan menandinginya, perkara ini akan membuatkan dia bersusah hati, dan mengharapkan dan berusaha agar sesuatu yang buruk menimpa tandingannya tadi supaya tidak ada yang dapat menandinginya

7. Busuk Hati

Sikap busuk hati ini mendorong manusia supaya berasa tidak suka akan sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain; apabila disebutkan fulan bin fulan mendapat nikmat kurniaan Allah, hatinya menjadi sempit, dan tidak senang. Akan tetapi, apabila dikhabarkan bahawa fulan bin fulan ditimpa kesusahan, maka dia berasa gembira dan suka.



BAGAIMANA KITA MENGHADAPI PENDENGKI?



1.Dalam Al-Quran, Allah menganjurkan pendai'e agar berdoa supaya dijauhkan daripada manusia-manusia pendengki:


1. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan Yang menciptakan sekalian makhluk,2. "Dari bencana makhluk-makhluk Yang ia ciptakan;3. "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;4. "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk Yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);5. "Dan dari kejahatan orang Yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".(Al-Falaq: 1-5)


2. Selaras dengan kaedah akhlak islami dan contoh yang ditunjukkan oleh para nabi dan salafussoleh, para pendai'e perlu berhati-hati dengan golongan pendengki, menjauhkan diri dari golongan pengumpat, mengelakkan pergaulan dengan mereka atau mendengar kata-kata mereka dengan tujuan semoga mereka menginsafi perbuatan mereka


3. Islam juga mewajibkan seorang muslim mempertahankan nama baik saudaranya, kerana sabda Rasulullah SAW:

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, saling mengasihi dan saling menyayangi adalah seperti satu tubuh. Apabila ada sebahagian dari tubuhnya sedang sakit, maka bahagian tubuh yang lain turut merasakannya, sehingga membuatnya tidak boleh tidur dan demam”. (HR_Muslim)


4. Seseorang pendai'e itu hendaklah sentiasa bersabar dan mendekatkan diri kepada Allah, dan perlu menguasai dirinya dari perasaan marah, dan rasa ingin membalas perbuatan khianat para pendengki dengan pelbagai helah yang didorong oleh hasutan syaitan dan nafsu.


5. Penda'ie perlulah berakhlak dengan akhlak islam sehingga wujud perasaan kasih dalam diri orang lain yang seterusnya menimbulkan ikatan ukhwah menyebabkan insan lain tidak sanggup menyakitinya apatah lagi memburuk-burukkannya


KESIMPULAN


Alhamdulillah, akhirnya perkongsian ilmiah ini dapat sampai kepada penghujungnya. Semoga perkongsian secara ringkas ini dapat menjauhkan diri kita daripada sifat hasad dengki yang boleh membuatkan manusia tercampak jauh daripada landasan jalan yang lurus lagi benar.Ingatlah, perasaan hasad itu mengikis agama seperti pencukur yang mencukur rambut.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


Riba' itu ada 72 pintu, yang paling kecil dosanya ialah seperti melakukan hubungan jenis dengan ibu sendiri, dan sebesar-besar riba' ialah seseorang itu menghakis nama baik saudaranya.

(HR_At-Tabrani)


Oleh itu, marilah sama-sama kita mencegah penyakit hasad dengki ini agar tidak menular dan merosakkan hati-hati kita. Jika kita mampu mencegah wabak-wabak penyakit seperti H1N1 dengan pelbagai langkah dan kaedah, maka tidak perlu wujud alasan untuk tidak mencegah penyakit hasad dengki yang boleh mencampakkan kita ke dalam api neraka. Nauzubillah..















Friday, November 8, 2013

ERTINYA SEHELAI TUDUNG LABUH


"Alah... kau tak payah nak berlagaklah... pakai tudung panjang-panjang..Macam bagus je. Perangai teruk jugak"

"Kau ni ustazah ye? apasal pakai tudung labuh ni? setahu aku kau SPM pun tak habis lagi"

Itulah antara kata-kata yang dilemparkan kepada muslimah bertudung labuh. Beberapa sahabat datang bertemu ana berkongsi masalah yang sama,

"Betul akak, diorang kata saya kolot, tak glamour, sebab pakai tudung bulat, tudung yang besar-besar..."

Ana senyum pahit menggelengkan kepala. Faham dengan situasi mereka ini. "Sabarlah dik, orang beriman memang tak lekang ujian". Kata ana menenangkan mereka.

Kadang-kadang kita ini muslimah kalah juga dengan situasi. Kalah dengan cakap-cakap orang. Kerana di kata pelik, kolot, maka kita ubah penampilan kita seenak kemahuan orang. Begitulah, dunia sekarang sudah semakin terbalik. Syariat dibelakangkan hanya kerana ingin mengikut trend masakini.


PAKAI TUDUNG LABUH TERPAKSA

Ana pernah bersekolah di sebuah SMKA. Biah di SMKA cukup yang menitik beratkan pemakaian menutup aurat dengan stokin dan tudung labuh serta kehidupan berteraskan Islam sememangnya cukup cantik seandainya dapat dikembangkan mencakupi keseluruhan masyarakat Islam di Malaysia. Sejuk mata memandang remaja-remaja Islam mengenakan pakaian menutup aurat, memakmurkan masjid dan membaca Al-Quran pada setiap pagi sebelum memulakan sesi PnP di kelas. Itulah kelebihan SMKA.

Namun, biah itu sekadar di dalam kawasan sekolah. Keluar sahaja pagar sekolah, maka ramailah pelajar-pelajar yang mengenakan pakaian sendat, bertudung nipis. Usai menghabiskan 5 tahun pengajian di SMKA, ana lebih terkejut apabila sesetengah daripada kenalan-kenalan sudah 'terbang' tudungnya. Astaghfirullah... dimanakah silapnya sistem pendidikan? di manakah pincangnya sehingga pelajar-pelajar muslimah yang dulunya bertudung labuh kini seolah-oleh tidak tahu hukum dan batas-batas aurat?

"Hidayah itu milik Allah..." kata seorang naqibah menjelaskan kepada ana. "Ingat tak sirah nabi kita? Dulu rasulullah pun tak jemu-jemu mengajak bapa saudaranya Abu Talib supaya memeluk islam, tapi Allah tak izinkan"... katanya lagi. "Yang penting, tanyalah diri sendiri, sebagai da'ie, sejauh mana usaha kita untuk membumikan syariat Islam, termasuklah perintah menutup aurat yang jelas-jelas disebut dalam Al-Quran".. 


HAKIKAT TUDUNG LABUH

Mungkin bukan cuma tudung labuh, malahan stokin, sarung lengan dan pakaian yang labuh-labuh juga termasuk dalam kategori ini.

Wahai muslimah, bukanlah menutup aurat itu kolot mahupun ketinggalan zaman, bahkan pakaian sebeginilah yang patut dijadikan trend sepanjang zaman. Firman Allah dalam Al-Quran:


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab: 59)

Sebenarnya, Allah SWT telah lebih dahulu mereka fesyen yang paling selamat, yang tidak memudharatkan para muslimah. Sesungguhnya, pemakaian menutup aurat, tudung labuh, stokin dan sebagainya tidak semestinya terhad hanya kepada ustazah-ustazah, kerana ianya batas-batas syariat yang sepatutnya di jaga oleh setiap yang bergelar muslimah, lebih tepat lagi yang beragama Islam. 


Sabda Rasulullah SAW:

“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadits riwayat Muslim)

Buat ukhti kecintaan Allah yang masih belum menutup aurat dengan sempurna, beringatlah, Rasulullah menceritakan pengalaman baginda di dalam hadisnya ini kerana sangat kasih kepada ummatnya. Pesanan baginda itu masih dapat kita baca sehingga ke hari ini. Usah sia-siakan khazanah tinggalan Rasulullah semata-mata tunduk mengikut trend terkini hasil rekaan manusia tanpa berpandukan ilmu agama.

Menutup aurat bukan semestinya perlu tunggu agar menjadi baik bak malaikat dahulu.Untuk menjadi muslim sejati, memperbaiki diri adalah suatu proses yang panjang dan memerlukan pengorbanan, kerana syurga itu cukup mahal harganya. Apa yang pasti, kita bukannya insan maksum, bahkan kita hanyalah manusia lemah yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, Maka, perkataan 'tunjuk alim' atau 'bajet baik' kerana memakai tudung labuh dan baju besar-besar itu sebenarnya tidak relevan lagi. Yang ada hanyalah sebuah pengorbanan, demi mencari keredhaan Allah.


Ertinya sehelai tudung labuh kerana akur pada syariat,
Ertinya sehelai tudung labuh kerana takut api neraka,
Ertinya sehelai tudung labuh kerana ingin melindungi diri...

Bukan hanya kerana terpaksa,
Kerana KasihNya aku turutkan



So, are you ready? Jom, ubah!



DENGAN NAMA ALLAH






Alhamdulillah.. thummalhamdulillah....


Setelah sekian lama tidak kembali lagi menulis, akhirnya Allah memberikan kekuatan semula untuk ana berkongsi apa adanya bersama para sahabat sekalian.


Dengan namaNya yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,


Ana mulakan penulisan ini. Semoga segala perkongsian ini mampu menambahkan ilmu dan mempertautkan ukhuwwah sesama kita.





“Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.” (Surah. Thâha: 27)